My Blog List

Monday, March 21, 2011

Cara Komunikator Islam dalam Mendekati Golongan Remaja

Komunikator Islam berperanan untuk :

1.      Menyeru kepada keimanan
2.      Memberi peringatan dan amaran
3.      Mengubah sesuatu dari negatif kepada positif
4.      Mencapai tujuan bersama (mendapat keredhaan Ilahi)
5.      Memperbaiki mutu kehidupan dunia dan akhirat

Apa yang perlu dilakukan oleh  komunikator Islam ialah melakukan peranan mereka seperti biasa, yakni melalui dengan menggunakan pendekatan yang berbeza seperti:

1.      Laman web sosial - Kita tahu yang remaja masa kini sudah ketagih dengan Facebook, Twitter boleh dikatakan 12jam sehari di depan komputer melayan Facebook dan Twitter. Bukankah elok kalau komunikator Islam menggunakan peluang ini untuk membuat kumpulan atau profil bertujuan untuk menyampaikan dakwah. Bukan sahaja facebook, malah blog dan sebagainya.

2.      Lagu - Remaja masa kini juga suka mendengar lagu, apa yang kita harus buat ialah menggunakan lagu sebagai medium dakwah, seperti yang dilakukan oleh artis tersohor.

Inilah fungsi laman sesawang untuk memulakan langkah mendekati Islam



Keimanan setiap orang berbeza-beza.







Cabaran-cabaran yang Dihadapi oleh Komunikator Islam

Rancangan televisyen yang tidak bertapis turut menjadi masalah kepada komunikator Islam

Berikut adalah antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh komunikator Islam pada masa kini :-

1.       Penyalah gunaan internet
·        Contohnya melayari laman-laman web lucah dan sebagainya

2.     Rancangan televisyen yang tidak bertapis
·        Contohnya seperti rancangan-rancangan barat yang berunsurkan keganasan

3.     Media yang menyiarkan perkara-perkara yang tidak bermoral dan lucah.
·        Contohnya gambar-gambar menjolok mata yang terpampang pada majalah-majalah hiburan

Penyalahgunaan Internet membawa kepada keburukan









Metode Mencegah Kemungkaran dalam Islam

Metode ini merupakan metode yang sangat disarankan oleh baginda Rasulullah S. A. W. Antara metode-metode mencegah kemungkaran :-
1.      Tangan
*    Iaitu melalui perbuatan. Contoh yang paling dekat ialah ibubapa, setiap apa yang dilakukan oleh ibubapa akan diikuti oleh anak-anak, tidak kira baik atau buruk. Oleh itu, sebagai ibubapa dan bakal ibubapa, kita haruslah menunjukkan teladan yang baik untuk mereka agar mereka dapat membesar menjadi anak anak yang soleh dan solehah.
2.      Lidah
*    Islam mengajar umatnya untuk tegur-menegur antara satu sama lain, ia adalah salah satu kewajipan kita sebagai umat islam untuk memberi teguran atau nasihat. Adalah berdosa jika kita melihat kemungkaran di depan mata dan tidak menegurnya, sebaik-baiknya tegurlah. Setelah kita tegur maka terlepaslah kita daripada dosa, terpulang kepada yang ditegur untuk menerima teguran itu.
3.      Hati
*    Mencegah kemungkaran melalui hati adalah selemah-lemah iman, walaubegitu ia masih bermakna di sisi Allah S. W. T. Kita haruslah menjaga hati kita agar ia senantiasa bersih dan suci.

Hadith berkaitan mencegah kemungkaran


Amar Ma'ruf Nahi Munkar dalam kehidupan Islam





Peranan Media Islam dalam Penyebaran Maklumat Islam

Media Islam mempunyai tanggungjawab atau peranan yang tinggi dalam menybearkan makluman Islam. Ini adalah 5 peranan terpenting media komunikasi Islam :-

1.      Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai, ini ada kaitan langsung dengan dakwah.
2.      Memepertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah, siapa lagi yang akan mempertahankan isu-isu sebegini kalau bukan umat Islam itu sendiri.
3.      Menggunakan pekdekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan. 
ü  Islam haruslah sejajar dengan peredaran masa, dengan kewujudan Internet, umat Islam haruslah menggunakan peluang ini dengan menggunakan medium baru ini untuk menyebarkan syiar Islam.
4.      Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi meraka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
ü  Ini adalah salah satu alternatif yang baik menggantikan peperangan dimana ia tidak melibatkan pertumpahan darah mana-mana pihak, Islam mahupun Barat.
5.      Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan. 
ü  Barat selalu menghasilkan filem-filem di mana orang arab menjadi musuh, itu adalah antara serangan propaganda Barat. Orang lain yang melihat filem sebegini akan menjeneralisasikan orang arab sebagai orang Islam. Inilah antara mesej-mesej tersirat di dalam filem-filem Barat.

Halangan-halangan dan Jenis-jenis Media dalam Komunikasi Islam

ü  Halangan-halangan yang akan dinyatakan selepas ini haruslah kita jauhi, kerana halangan-halangan sebegini hanya membantutkan proses komunikasi dalam Islam. Antara halangan komunikasi adalah :-

ü *Mengutuk orang - Perbuatan ini hanya akan membawa kepada permusuhan/pergaduhan
ü * Memperkecil-kecilkan orang - Setiap orang mempunyai kelebihanya sendiri, janganlah kita mengutuknya kerana kita lebih pandai di dalam bidang tersebut.
ü * Membocorkan rahsia orang - Janganlah kita membuka keaiban seseorang itu
ü  *Mengumpat orang - Mengumpat tergolong dalam fitnah dan fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh.
ü  *Memuji berlebihan - Islam mempraktikkan kesederhanaan, oleh itu pujilah dengan sederhana
ü  *Bertengkar - Tak baik gaduh-gaduh
ü  *Bercakap kotor - Janganlah kita mencarut, tidak elok di mulut apatah lagi di dengar.
Mengumpat sesama sendiri

Terdapat 7 Jenis media dalam Islam kesemuanya, iaitu :-

ü  #Al-Quran - Mukjizat Junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W. bertujuan untuk mendidik dan memberi pertunjuk
ü  #Jemaah/organisasi - Tergolong dalam jenis media kerana ia merupakan cara komunikasi ketika melakukan aktiviti dakwah
ü  #Lisan - Percakapan secara langsung boleh dikatakan berkesan tetapi kekurangannya dari segi mengingati dan kadang-kala sukar untuk difahami
ü  #Tulisan - Bertahan lebih lama, ia mudah difahami dan murah
ü  #Gambar - Antara media komunikasi tertua. Gambar boleh memberikan impak yang tidak termampu oleh tulisan
ü  #Bahasa badan/perbuatan - Rasulullah selalu menunjukkan teladan yang baik kepada umat-umatnya, ini adalah satu cara untuk berdakwah.
ü # Audio-visual - Video boleh dikatakan antara media yang paling berkesan, ia menarik, mudah difahami dan mudah diikuti berbanding dengan yang lain.
Jemaah


\\\

Thursday, February 3, 2011

Perceraian bukan Pengakhirannya

Perceraian adalah satu perkara yang amat merugikan. Ia seperti satu krisis kehidupan yang memberi impak amat besar terhadap orang yang diceraikan. Impak tersebut bukan sahaja terhadap individu terbabit malah anak-anak, adik- beradik dan ahli keluarga yang lain.

Kalau anda wanita yang mempunyai pengalaman atau sedang melalui proses perceraian, jangan menganggap anda berseorangan kerana di luar sana ada ramai yang senasib dengan anda.

Perasaan yang ditanggung? Sudah tentu menyakitkan. Impak perceraian tersebut bukan setakat pada diri anda malah seluruh ahli keluarga juga merasai kepedihannya.

Antara yang dirasakan oleh mangsa cerai ialah kehilangan, dikhianati dan keliru. Semua perkara ini bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh mereka yang terlibat dalam perceraian.

Persoalan yang sering berlegar di fikiran ialah apa yang akan berlaku selepas ini? Ketahuilah, perceraian bukanlah pengakhir kehidupan.

Ia bukan satu perkara yang mudah. Juga bukanlah satu pilihan yang telah dirancang, namun jangan risau kerana terdapat beberapa langkah yang boleh diambil apabila anda terpaksa berhadapan dengan situasi seperti ini.

"Saya sudah tidak sanggup melalui pengalaman sebegini." ( Che Norma Yusoff, 1993)

Perceraian memang menyakitkan. Tiada satu ubat pun yang boleh menghilangkan dengan segera. Ia adalah satu proses pemulihan yang mengambil masa mungkin sehingga bertahun lamanya.

Jika anda mengalami perceraian, anda pastinya akan berasa sedih dan dinafikan. Hati anda hancur dan sedih hingga mungkin menyebabkan anda tidak mahu mempunyai hubungan dengan sesiapapun.

Jangan sesekali membiarkan emosi menguasai diri kerana inilah masanya anda perlu membangunkan diri anda kembali. Anda perlu meletakkan kehidupan pada tahap yang paling stabil.

Memang perasaan sedih itu normal dan tidak dinafikan juga tangisan akan memberikan kelegaan sekali gus memulihkan hati secara perlahan.

Tiada masalah jika anda memberikan ruang untuk memikirkan kembali masalah tersebut tetapi bangkitlah untuk satu sinar yang lebih baik.

Perasaan ibu kepada anaknya


"Saya masih mencintainya dan amat berharap dia menerima saya kembali."





Kebanyakan isteri yang telah diceraikan mengakui masih menyayangi bekas suami. Ini kerana mereka telah memberikan sepenuh hati dan mengabdikan diri kepada pasangan masing-masing.

Bagi isteri hanya maut yang boleh memisahkan dengan suami, tetapi malangnya hanya isteri yang beranggapan sedemikian. Suami tidak mahu meneruskan perjanjian yang telah dimeterai semasa dia melafazkan akad nikah dahulu.

Anda tidak mempunyai kuasa untuk mengubah fikiran suami dan sekalipun anda memaksa ia mungkin tidak akan berlaku.

Apabila kembali tenang, mungkin anda boleh cuba fikirkan siapa yang anda mahukan untuk menemani hidup sepanjang hayat.

Sudah tentu suami yang menyayangi diri anda dan menerima anda seadanya.

Apabila anda seikhlas hati menyintai seorang lelaki, pasti anda mengharapkan dia juga berperasaan sama terhadap anda bukan?

Cinta sejati perlu lahir dari hati yang ingin dicintai. Cinta yang ditolak dan diri yang dikhianati memang memeritkan. Tetapi mahukah anda apabila pasangan anda kembali kepada anda tanpa perasaan cinta dan ikhlas? Tidak, bukan!

Sudah tentu anda mahukan suami yang dulunya pernah mengucap cinta pada anda saat melafazkan pernikahan, walau anda inginkan saat itu kembali kini, anda perlu menerima hakikat yang anda tidak boleh memaksa dia mencintai anda seperti dulu.





"Saya rasa seperti tidak wujud di hati suami dan dikhianati."

Walaupun diketepikan oleh suami jangan sekali-kali merasakan dia telah mengubah keyakinan diri anda. Anda tetap individu yang mempunyai harga diri dan disayangi oleh ahli keluarga serta sahabat.

Perceraian itu tidak akan mengubah nilai baik yang ada pada anda. Ingatlah manusia adalah ciptaan Tuhan dengan mempunyai matlamat, mempunyai bakat, pendapat dan boleh mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.

Memang perceraian membuatkan anda berasa marah. Tetapi anda perlu mengajar diri untuk berhadapan dengan perasaan negatif tersebut.

Tidak dinafikan juga kemarahan itu boleh memberikan anda motivasi dan meningkat diri serta kerjaya ke tahap yang lebih baik.

Tetapi awas, silap langkah, kemarahan boleh membinasakan diri anda kembali.

"Nampaknya apa saja yang saya buat semuanya tidak kena...hidup saya kini tidak sebaik dulu."

Lapan puluh peratus daripada tenaga digunakan untuk 'memproses' perasaan. Sebab itu, seseorang akan berasa letih jika terlalu tertekan dengan masalah. Tahap keyakinan diri juga memang akan terjejas.

Selepas berkahwin, sedikit sebanyak hubungan bersama rakan-rakan biasanya akan berkurangan. Selepas bercerai anda rasa keseorangan dan mahu mengasingkan diri.

Akhirnya sikap tersebut memberi kesan kepada prestasi kerja dan seterusnya kewangan anda.

Lawan perasaan tersebut, beritahu diri dan buat pilihan untuk jalan yang lebih baik.!!!!

"Apakah pilihan yang saya boleh ambil selepas diceraikan?"

Saya dapatkan khidmat sokongan dan kaunseling. Cari seorang kaunselor bertauliah yang pernah anda dengar menerusi media atau risalah. Tapi naluri sebagai seorang ibu tidak pernah untuk melupakan anugerah Tuhan yang amat bermakna iaitu ANAK-ANAK yang sentiasa menemani tatkala susah dan senang, Saya bukan nak mengalirkan airmata anda, tapi apa yang saya nak anda buat ialah bacalah dengan penuh penghayatan.

Saya tidak menafikan kadang-kadang sesetengah isteri yang terlalu tertekan akan mengalami plbagai kompikasi penyakit seperi tekanan mental, gangguan emosi dan sebagainya tetapi inilah kekuasaan Allah menganugerahkan ANAK-ANAK sebagai kekuatan untuk terus menyokong kehidupan seorang isteri yang tidak bersuami.


“Ku sangka panas hingga ke patang, rupa-rupanya hujan di tengah hari”, ikatan kasih saying yang dibina tidak berkekalan tapi itu bukanlah pengakhirannya. Bagi naluri seorang wanita, itu terlalu pedih baginya, mulalah untuk mendengar segala caci maki, hina-menghina INGAT! Allah itu Adil!.

Saya ucapkan selamat tinggal pada masa lampau, carilah pekerjaan baru dan sumber kewangan jika itulah isu utama perceraian.

Jika tidak tahu caranya, minta tolong pada sesiapa yang tahu agar perasaan itu dapat dikongsi bersama-sama.

Saya tetapkan matlamat jangka pendek pasti akan memberi satu sinar baru. Sebagai contoh, anda boleh mulakan gaya hidup baru dengan cara yang lebih sihat.

Pastikan anda bersenam setiap hari dan makan makanan yang berkhasiat. Terima hakikat bahawa anda telah bercerai. Cari buku motivasi tentang kehidupan selepas bercerai dan bina semangat baru.

Saya BERDOA & BERIBADAT mampu memberi kekuatan dalaman. Malah apabila anda mendekatkan diri kepada Tuhan, anda akan lebih mengenali diri anda dan berasa bersyukur dengan apa yang telah Tuhan beri.

Lain pulak ceritanya kalau berbalik kepada anak-anak. Ramai yang menjangkakan anak-anak akan terpinggir, tidak dapat belajar dengan elok dan sebagainya serta tanggapan SERONG itulah yang menyebabkan anal-anak yang ibu bapanya bercerai gagal dalam pelajaran. Apa yang saya nak katakan di sini ialah, TIDAK SEMUA anak-anak akan mengalami keadaan seperti itu. Hanya yang KUAT & TABAH akan berjaya menghadapinya. (Muhammad Nabihan, 2009)

Apabila anda tenang, semua perkara dapat diatasi dengan baik. Tuntasnya, perceraian keluarga bukanlah peangakhirannya seperti yang dijangkakan. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

p/s: Hanya yang menghayati akan mampu mengalirkan airmata bagaimana cara untuk menyelami perasaan setiap individu. Hakikatnya, itu bukanlah perkara yang mudah, cukuplah sekadar bersimpati tetapi bukan minta untuk dicaci. Airmata seorang IBU tiada nilainya.

Maafkan adik mak..;(

Ibu Mithali - NadaMurni

Wednesday, February 2, 2011

Prinsip-prinsip Komunikasi Islam

Dalam berbagai literaturi tentang komunikasi Islam kita dapat menemukan setidaknya enam jenis gaya bicara atau pembicaraan (qaulan) yang dikategorikan sebagai kaedah, prinsip, atau etika komunikasi Islam, yakni (1) Qaulan Sadida, (2) Qaulan Baligha, (3) Qulan Ma’rufa, (4) Qaulan Karima, (5) Qaulan Layinan, dan (6) Qaulan Maysura.

1. QAULAN SADIDA

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan Qaulan Sadida –perkataan yang benar” (QS. 4:9)

Qaulan Sadidan berarti pembicaran, ucapan, atau perkataan yang benar, baik dari segi substansi (materi, isi, pesan) maupun redaksi (tata bahasa).

Dari segi substansi, komunikasi Islam harus menginformasikan atau menyampaikan kebenaran, faktual, hal yang benar saja, jujur, tidak berbohong, juga tidak merekayasa atau memanipulasi fakta.

“Dan jauhilah perkataan-perkataan dusta” (QS. Al-Hajj:30).

“Hendaklah kamu berpegang pada kebenaran (shidqi) karena sesungguhnya kebenaran itu memimpin kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ke surga” (HR. Muttafaq ‘Alaih).

“Katakanlah kebenaran walaupun pahit rasanya” (HR Ibnu Hibban).

Dari segi redaksi, komunikasi Islam harus menggunakan kata-kata yang baik dan benar, baku, sesuai kadiah bahasa yang berlaku.

“Dan berkatalah kamu kepada semua manusia dengan cara yang baik” (QS. Al-Baqarah:83).

“Sesungguhnya segala persoalan itu berjalan menurut ketentuan” (H.R. Ibnu Asakir dari Abdullah bin Basri).

Dalam bahasa Indonesia, maka komunikasi hendaknya menaati kaidah tata bahasa dan mengguakan kata-kata baku yang sesuai dengan Ejaan Yang Disempurnakan (EYD).
2. QAULAN BALIGHA

“Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. karena itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka Qaulan Baligha –perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.“ (QS An-Nissa :63).

Kata baligh berarti tepat, lugas, fasih, dan jelas maknanya. Qaulan Baligha artinya menggunakan kata-kata yang efektif, tepat sasaran, komunikatif, mudah dimengerti, langsung ke pokok masalah (straight to the point), dan tidak berbelit-belit atau bertele-tele.

Agar komunikasi tepat sasaran, gaya bicara dan pesan yang disampaikan hendaklah disesuaikan dengan kadar intelektualitas komunikan dan menggunakan bahasa yang dimengerti oleh mereka.

“Berbicaralah kepada manusia sesuai dengan kadar akal (intelektualitas) mereka” (H.R. Muslim).

”Tidak kami utus seorang rasul kecuali ia harus menjelaskan dengann bahasa kaumnya”(QS.Ibrahim:4)

3. QAULAN MA’RUFA

Kata Qaulan Ma`rufan disebutkan Allah dalam QS An-Nissa :5 dan 8, QS. Al-Baqarah:235 dan 263, serta Al-Ahzab: 32.

Qaulan Ma’rufa artinya perkataan yang baik, ungkapan yang pantas, santun, menggunakan sindiran (tidak kasar), dan tidak menyakitkan atau menyinggung perasaan. Qaulan Ma’rufa juga bermakna pembicaraan yang bermanfaat dan menimbulkan kebaikan (maslahat).

“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya[268], harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka Qaulan Ma’rufa –kata-kata yang baik.” (QS An-Nissa :5)

“Dan apabila sewaktu pembagian itu hadir kerabat, anak yatim dan orang miskin, Maka berilah mereka dari harta itu (sekadarnya) dan ucapkanlah kepada mereka Qaulan Ma’rufa –perkataan yang baik” (QS An-Nissa :8).

“Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu Menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu Mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) Qaulan Ma’rufa –perkataan yang baik…” (QS. Al-Baqarah:235).

“Qulan Ma’rufa –perkataan yang baik– dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (QS. Al-Baqarah: 263).

“Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya] dan ucapkanlah Qaulan Ma’rufa –perkataan yang baik.” (QS. Al-Ahzab: 32).

4. QAULAN KARIMA

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada kedua orangtuamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, seklai kali janganlah kamu mengatakan kepada kedanya perkatan ‘ah’ dan kamu janganlah membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Qaulan Karima –ucapan yang mulia” (QS. Al-Isra: 23).

Qaulan Karima adalah perkataan yang mulia, dibarengi dengan rasa hormat dan mengagungkan, enak didengar, lemah-lembut, dan bertatakrama. Dalam ayat tersebut perkataan yang mulia wajib dilakukan saat berbicara dengan kedua orangtua. Kita dilarang membentak mereka atau mengucapkan kata-kata yang sekiranya menyakiti hati mereka.

Qaulan Karima harus digunakan khususnya saat berkomunikasi dengan kedua orangtua atau orang yang harus kita hormati.

Dalam konteks jurnalistik dan penyiaran, Qaulan Karima bermakna mengunakan kata-kata yang santun, tidak kasar, tidak vulgar, dan menghindari “bad taste”, seperti jijik, muak, ngeri, dan sadis.

5. QAULAN LAYINA

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan Qulan Layina –kata-kata yang lemah-lembut…” (QS. Thaha: 44).

Qaulan Layina berarti pembicaraan yang lemah-lembut, dengan suara yang enak didengar, dan penuh keramahan, sehingga dapat menyentuh hati. Dalam Tafsir Ibnu Katsir disebutkan, yang dimaksud layina ialah kata kata sindiran, bukan dengan kata kata terus terang atau lugas, apalagi kasar.

Ayat di atas adalah perintah Allah SWT kepada Nabi Musa dan Harun agar berbicara lemah-lembut, tidak kasar, kepada Fir’aun. Dengan Qaulan Layina, hati komunikan (orang yang diajak berkomunikasi) akan merasa tersentuh dan jiwanya tergerak untuk menerima pesan komunikasi kita.

Dengan demikian, dalam komunikasi Islam, semaksimal mungkin dihindari kata-kata kasar dan suara (intonasi) yang bernada keras dan tinggi.

6. QAULAN MAYSURA


”Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari Tuhannya yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka Qaulan Maysura –ucapan yang mudah” (QS. Al-Isra: 28).

Qaulan Maysura bermakna ucapan yang mudah, yakni mudah dicerna, mudah dimengerti, dan dipahami oleh komunikan. Makna lainnya adalah kata-kata yang menyenangkan atau berisi hal-hal yang menggembirakan.

Bentuk-bentuk Komunikasi Islam

1.   Komunikasi dengan Allah (Hablum Minallah)

Komunikasi dengan Allah merupakan komunikasi yang paling tinggi darjat dan yang paling mulia dalam amalan manusia. Komunikasi tersebut dilakukan dalam bentuk vertikal dan secara terus menerus (langsung). Komunikasi ini adala untuk bertujuan untuk mendekatkan diri manusia dengan Allah, memohon petunjuk, menyatakan sesuatu atau mengadu tentang masalah kehidupan, berterima kasih atau bersyukur, menyerah diri, memohon perlindungan, menyembah dan lain-lain.

Berbagai cara boleh dilakukan untuk merealisasikan hubungan dengan Allah, contohnya berzikir, membaca Al-Quran, bersembahyang, bertasbih dan lain-lain. Komunikasi tersebut boleh dilakukan secara perseorangan dan secara berkumpulan (berjemaah), dan pada bila-bila masa tertentu, masa-masa yang afdal dan pada bila-bila masa.

Sentiasa patuh pada Allah SWT



2.   Komunikasi dengan sesama manusia (Hablum Minannas)
Komunikasi sesama manusia berlaku dalam bentuk yang luas mencakupi berbagai aktiviti dalam kehidupan seperti komunikasi pendidikan, komunikasi keluarga, komunikasi dalam pekerjaan, komunikasi perniagaan, komunikasi dakwah dan sebagainya.ia boleh dikatakan dengan cara individu dengan individu, individu dengan kumpulan dan komunikasi antara kumpulan antara kumpulan (organisasi). Komunikasi tersebut boleh dilakukan secara langsung atau bersemuka dan juga secara tidak langsung. Contoh komunikasi seperti ceramah, perundingan, kaunseling dan lain-lain. Asas komunikasi Islam berasaskan kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.


Sesi kaunseling beramai-ramai

3.   Komunikasi dengan diri sendiri
Komunikasi dengan diri sendiri dapat dilakukan melalui bercakap-cakap dengan diri sendiri seperti melalui proses berfikir, menghisab diri atau muhasabah diri sendiri tentang amalan-amalan yang kita laukan, ibadah-ibadah harian, proses mengenal diri dan lain-lain. Komunikasi dengan diri sendiri merupakan jenis komunikasi yang sangat dituntut oleh agama agar kita selalu berhati-hati, selalu menilai prestasi diri supaya kita dapat memperbaiki amalan kita.

Merenungkan kembali kesilapan masa lampau


4.   Komunikasi manusia dengan alam sekitar

Komunikasi manusia dengan alam sekitar adalh perlu dilakukan oleh umat Islam sesuai dengan fungsi manusia menurut Islam sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. Alam sekitar bermaksud sesuatu yang berada di sekitar kehidupan manusia seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan isi alam yang lain. Komunikasi dengan alam sekitar adalah untuk kepentingan bersama iaitu untuk memenuhi keperluan manusia dan untuk menjaga kelestarian alam.

Sama-samalah menjaga alam sekitar

Sumber Rujukan Komunikasi Islam

SUMBER RUJUKAN KOMUNIKASI ISLAM
Al-Quran

Marilah kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t. diatas segala nikmat yang dikurniakan, terutama nikmat Iman dan Islam kepada kita semua. Sesungguhnya Al-Quran dan Hadith ialah sumber utama rujukan Islam. Al-Quran merupakan kalam Allah yang sangat bernilai isi kandungannya dan tiada buku yang dapat menandinginya. Dalam mengejar kemewahan dunia, kita sering kali alpa dalam menjadikan A-Quran itu sendiri sebagai rujukan utama terutama apabila ditimpa musibah. Kekerapan kita selalu mambuka Al-Quran untuk merujuk sesuatu makna membolehkan kita sentiasa dekat dengan pencipta kita, Allah SWT.

Al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam Islam.



Hadith

Hadith pula bertindak sebagai sumber rujukan kedua. Hadith melibatkan potongan-potongan ayat Al-Quran untuk menguatkan sesuatu hujah. Hadith ini sering digunakan semasa zaman Rasulullah SAW. Hadith banyak mengetengahkan aspek-aspek pertikaian yang dapat dalil yang kukuh. Ia dijadikan sebagai sumber rujukan kedua kerana kekuatan kandungan yang wujud dalam merencanakan kehidupan yang abadi.


Contoh Hadis yang penah dikeluarkan.


Pendekatan dan fungsi Hadith dalam membimbing manusia.