My Blog List

Monday, February 6, 2012

Perasaan Dibahan

Assalamualaikum.

Al-kisah! Macam biasa, sibuk dengan persediaan midterm malam esok. Hadoii, letih nak membaca nota-nota yang banyak nih. Bila terkenangkan keputusan nanti, seram laa juga, mana taknya, bila tengok semua orang gembira dengan result, takkan kita nak bersedih-sedih. Kesimpulannya, study laa walau tak banyak mana sekali pon.

Haa, nak bercerita bab kena bahan malam ni. Hamboihh, menjadi-jadi seronok! Aku bagi link blog aku ney kat Bonzer, Ake and Anep, tup-tup keluar link tuh kat facebook. Adoyaii, mencarut-carut aku tapi takpe laa. Ini masa untuk bergurau. Bak kata Nai Rosales, "kalau taknak membenci sesuatu perkara, so jangan fikirkan kembali benda tuh". Exactly, and sangat setuju. Maka, aku dah buang ke tepi benda pasal bahan membahan tuh. Taknak simpan dalam hati or else sebab itu pendendam itu suatu perkara yang buruk hasil hasutan syaitan.

Bila pagi-pagi macam ney update blog rasa sedih je, almaklum laa lama tak balik kampung halaman. Teringat laa kat keluarga. Aiseymen, dah macam tulis novel pulak. Apa-apa pun tolonglah focus untuk midterm exam ney dulu, risau dah ney. Haishhh! Lagi seronok semakin lupa pulakk ada benda nak diselesaikan. Kawan-kawan yang baca, sama-sama laa doakan aku okay?

Hari demi hari, dalam minggu ney mesti pakcik rumah sewa nak datang collect duit rumah sewa. Pakcik, atap bocorr!!! Time hujan rasa macam boleh masuk BERSAMAMU dah kat TV3.haha.Ohh Pakcik Hashim, macam-macam ragam laa. Kalau duit rumah, tak pernah dikecewakan. Tapi....dah boleh masuk Aduan Rakyat dah.haha. Gurau je pakcikk! ;)

Ohh hoii, mungkin kelakar laa bila tengok balik entry yang lama-lama pasal blog ney, bukannya apa, kalau dibiarkan tak update, at least ada juga usaha untuk bercerita benda-benda baik ney. Sebabnya blog ney dulu untuk subjek CTU 271, ala-ala ada carrymarks laa, apa laa. So layankan je laa blog yang berkaitan agama ney. Bukan apa, tak salah kaan mencuba, lagipon dalam previous entry banyak menceritakan pengajaran, kesana and ways to overcome benda-benda yang boleh melalaikan kita. Jadi, bila dah habis subjek tuh, stipp boleh update cuma tak semestinya berkaitan Islam sepenuhnya. Ada kalanya perlu diselitkan dengan unsur humor supaya semua orang boleh baca and memahami. Amacam? Cun?

Okay laa, dah mengantok dah ney, puas dah bersengkang mata tapi bukannya study sangat pon, banyak bazir masa je, insyaAllah, esok akan lebih baik dari hari ini. ;)

Sunday, February 5, 2012

Kenangan Itu Kembali

Assalamualaikum w.b.t.

Setelah sekian lama tak update blog, last masa part 4, alhamdulillah aku masih sihat, masih mampu menghirup udara yang segar. Kira masih selamat laa. Nak cakap tak sibuk, sem 5 ney sangat menguji kekuatan fizikal dan mental. Aku nak capai apa yang aku inginkan, nak dapat tuh senang tapi nak kekalkan tuh yang susah. Kadang-kadang aku pikir, susah juga jadi student ney, tapi kalau nak senang je, baik dok umah tengok tv. Kan takde masalah.HEHE.

Aku rindukan family, last balik masa Christmas Day at the end of December, lepas tuh dah tak balik sebab commitment dengan study. Aku nak story satu benda, dalam hidup korang kan, apa yang korang paling sedih? Bagi aku, apabila kehilangan seseorang yang kita sayang maka kita akan sedih instead of other factors. Aku kehilangan arwah datuk aku, Haji Yusoff bin Mat Saman tanggal 31 May 2011 pkl 11pm. Apa yang aku nak cakap ialah, setiap pertemuan di dunia ni pasti akan berakhir. Macam tuh jugak laa aku kehilangan arwah atuk aku. Ibarat hilang tempat bergantung, sebab selama ney aku laa cucu yang paling rapat dengan arwah. Sehinggakan dari kecik dah duduk dengan dia. Al-Fatihah.

Bila balik UiTM, aku azam baru utk sem 5 ney, tapikan, yang nampak-nampak sekarang ney ialah kesusahan, kesabaran, kesungguhan, macam-macam KE laa yang kena aku lalui untuk dapat result yang elok sem ney.
Aku cuba laa untuk berusaha dan dapatkan apa yang aku idamkan. Harapan aku kali ney nak gembirakan parents aku macam result sem lepas. Tipu laa kalau tak gembira, cuma pesan mak, "Adik,dah dapat keputusan elok, kalau org mintak tolong ajar ke apa ke, jangan kedekut ilmu". Ayat tuh membuatkan aku rasa  sem ney kena mcm sem lepas. Konsisten dari segi study, jangan tinggal solat. InsyaAllah.

Bila dah lama tak update, jadi ketagih pulak nak taip lama-lama.HEHE. Standard laa tuh, aku nak tunjuk satu gambar. Apa reaksi korang?



Sebenarnya, ni gambar masa aku Hari Raya Aidilfitri hari tuh tapi aku akan pakai kembali baju ney utk event Dean List Ceremony kat Equatorial Hotel tak lama lagi. Apa pendapat? Okay tak?



Next, aku rindukan anak-anak buah aku, Ya Allah rindu dekat si kakak dengan si adik tuh yang comel. Baru-baru ney kan dapat voucher 1 Malaysia. Aku taktahu nak beli apa, aku beli laa colour pencil, buku lukisan, macam-macam laa kat diorg. Aihh,tak sabaq nak cuti nak jumpa diorg.hehe. 


Ha,ney laa family abg aku, aku rindu yang si kakak dengan si adik yang comey lotey tuhhh.Grrr!Hehe.


Anyway,nanti apa-apa aku akan update lagi. Sibuk utk preparation midterm minggu depan. InsyaAllah tunggu news update.


Monday, March 21, 2011

Cara Komunikator Islam dalam Mendekati Golongan Remaja

Komunikator Islam berperanan untuk :

1.      Menyeru kepada keimanan
2.      Memberi peringatan dan amaran
3.      Mengubah sesuatu dari negatif kepada positif
4.      Mencapai tujuan bersama (mendapat keredhaan Ilahi)
5.      Memperbaiki mutu kehidupan dunia dan akhirat

Apa yang perlu dilakukan oleh  komunikator Islam ialah melakukan peranan mereka seperti biasa, yakni melalui dengan menggunakan pendekatan yang berbeza seperti:

1.      Laman web sosial - Kita tahu yang remaja masa kini sudah ketagih dengan Facebook, Twitter boleh dikatakan 12jam sehari di depan komputer melayan Facebook dan Twitter. Bukankah elok kalau komunikator Islam menggunakan peluang ini untuk membuat kumpulan atau profil bertujuan untuk menyampaikan dakwah. Bukan sahaja facebook, malah blog dan sebagainya.

2.      Lagu - Remaja masa kini juga suka mendengar lagu, apa yang kita harus buat ialah menggunakan lagu sebagai medium dakwah, seperti yang dilakukan oleh artis tersohor.

Inilah fungsi laman sesawang untuk memulakan langkah mendekati Islam



Keimanan setiap orang berbeza-beza.







Cabaran-cabaran yang Dihadapi oleh Komunikator Islam

Rancangan televisyen yang tidak bertapis turut menjadi masalah kepada komunikator Islam

Berikut adalah antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh komunikator Islam pada masa kini :-

1.       Penyalah gunaan internet
·        Contohnya melayari laman-laman web lucah dan sebagainya

2.     Rancangan televisyen yang tidak bertapis
·        Contohnya seperti rancangan-rancangan barat yang berunsurkan keganasan

3.     Media yang menyiarkan perkara-perkara yang tidak bermoral dan lucah.
·        Contohnya gambar-gambar menjolok mata yang terpampang pada majalah-majalah hiburan

Penyalahgunaan Internet membawa kepada keburukan









Metode Mencegah Kemungkaran dalam Islam

Metode ini merupakan metode yang sangat disarankan oleh baginda Rasulullah S. A. W. Antara metode-metode mencegah kemungkaran :-
1.      Tangan
*    Iaitu melalui perbuatan. Contoh yang paling dekat ialah ibubapa, setiap apa yang dilakukan oleh ibubapa akan diikuti oleh anak-anak, tidak kira baik atau buruk. Oleh itu, sebagai ibubapa dan bakal ibubapa, kita haruslah menunjukkan teladan yang baik untuk mereka agar mereka dapat membesar menjadi anak anak yang soleh dan solehah.
2.      Lidah
*    Islam mengajar umatnya untuk tegur-menegur antara satu sama lain, ia adalah salah satu kewajipan kita sebagai umat islam untuk memberi teguran atau nasihat. Adalah berdosa jika kita melihat kemungkaran di depan mata dan tidak menegurnya, sebaik-baiknya tegurlah. Setelah kita tegur maka terlepaslah kita daripada dosa, terpulang kepada yang ditegur untuk menerima teguran itu.
3.      Hati
*    Mencegah kemungkaran melalui hati adalah selemah-lemah iman, walaubegitu ia masih bermakna di sisi Allah S. W. T. Kita haruslah menjaga hati kita agar ia senantiasa bersih dan suci.

Hadith berkaitan mencegah kemungkaran


Amar Ma'ruf Nahi Munkar dalam kehidupan Islam





Peranan Media Islam dalam Penyebaran Maklumat Islam

Media Islam mempunyai tanggungjawab atau peranan yang tinggi dalam menybearkan makluman Islam. Ini adalah 5 peranan terpenting media komunikasi Islam :-

1.      Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai, ini ada kaitan langsung dengan dakwah.
2.      Memepertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah, siapa lagi yang akan mempertahankan isu-isu sebegini kalau bukan umat Islam itu sendiri.
3.      Menggunakan pekdekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan. 
ü  Islam haruslah sejajar dengan peredaran masa, dengan kewujudan Internet, umat Islam haruslah menggunakan peluang ini dengan menggunakan medium baru ini untuk menyebarkan syiar Islam.
4.      Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi meraka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
ü  Ini adalah salah satu alternatif yang baik menggantikan peperangan dimana ia tidak melibatkan pertumpahan darah mana-mana pihak, Islam mahupun Barat.
5.      Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan. 
ü  Barat selalu menghasilkan filem-filem di mana orang arab menjadi musuh, itu adalah antara serangan propaganda Barat. Orang lain yang melihat filem sebegini akan menjeneralisasikan orang arab sebagai orang Islam. Inilah antara mesej-mesej tersirat di dalam filem-filem Barat.

Halangan-halangan dan Jenis-jenis Media dalam Komunikasi Islam

ü  Halangan-halangan yang akan dinyatakan selepas ini haruslah kita jauhi, kerana halangan-halangan sebegini hanya membantutkan proses komunikasi dalam Islam. Antara halangan komunikasi adalah :-

ü *Mengutuk orang - Perbuatan ini hanya akan membawa kepada permusuhan/pergaduhan
ü * Memperkecil-kecilkan orang - Setiap orang mempunyai kelebihanya sendiri, janganlah kita mengutuknya kerana kita lebih pandai di dalam bidang tersebut.
ü * Membocorkan rahsia orang - Janganlah kita membuka keaiban seseorang itu
ü  *Mengumpat orang - Mengumpat tergolong dalam fitnah dan fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh.
ü  *Memuji berlebihan - Islam mempraktikkan kesederhanaan, oleh itu pujilah dengan sederhana
ü  *Bertengkar - Tak baik gaduh-gaduh
ü  *Bercakap kotor - Janganlah kita mencarut, tidak elok di mulut apatah lagi di dengar.
Mengumpat sesama sendiri

Terdapat 7 Jenis media dalam Islam kesemuanya, iaitu :-

ü  #Al-Quran - Mukjizat Junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W. bertujuan untuk mendidik dan memberi pertunjuk
ü  #Jemaah/organisasi - Tergolong dalam jenis media kerana ia merupakan cara komunikasi ketika melakukan aktiviti dakwah
ü  #Lisan - Percakapan secara langsung boleh dikatakan berkesan tetapi kekurangannya dari segi mengingati dan kadang-kala sukar untuk difahami
ü  #Tulisan - Bertahan lebih lama, ia mudah difahami dan murah
ü  #Gambar - Antara media komunikasi tertua. Gambar boleh memberikan impak yang tidak termampu oleh tulisan
ü  #Bahasa badan/perbuatan - Rasulullah selalu menunjukkan teladan yang baik kepada umat-umatnya, ini adalah satu cara untuk berdakwah.
ü # Audio-visual - Video boleh dikatakan antara media yang paling berkesan, ia menarik, mudah difahami dan mudah diikuti berbanding dengan yang lain.
Jemaah


\\\